Semasa cuti raya tu kami hanya sempat le ke beberapa tempat seperti KLCC, SOGO dan Jusco tapi disebabkan Khairina tak sihat selama 3 hari kami di KL jadi semua rancangan sebelum ni agak celaru sikit jadi kami hanya sempat shopping pd 4 hari yang terakhir.. jenuh jugak nak cari barang dalam jangka yang singkat macam tu dalam beberapa tempat yang berlainan..nak cari baju..kasut..nak buat cermin mata...cari kerepek..at the same time jumpa rakan2 tapi sempat yang dekat-dekat je itupun rasa tak masa nak hadiri semua...dan semasa di KL itu juga kami menetap sementara dalam 3 rumah yang berlainan...pertama rumah adik Batt, kemudian rumah mak Batt dan semalam di rumah rakan baik yang balik dari Qatar...terima kasih kepada semua kerana sudi menumpangkan kami ni..
Dinosaur yang diminati Khairina tapi sayang kami tak de masa nak masuk ke dalam Petrosains...hanya sempat ambik gambar kat luar je..



