Lengkuas ni...pun sama mahalnya mcm halia tapi hanya Kong tertentu je ada...lepas tu mcm biskut..kadang2 ada kadang2 tidak...
Ini English Spinach...agak murah tapi saja2 tanam...selalu kalau beli, akarnya akan masuk tong sampah...jadi daripada akarnya dibuang Batt pun cubalah tanam kot2 hidup...nampaknya hidup jugak...sayur ni lebih lembut dari bayam...sedap kalau dimakan dengan steak...
Pucuk brocolli atau kat sini dipanggil brocollini...nampaknya subur dalam musim sejuk. Dah lama ditanam tapi nampaknya byk hasil bila musim sejuk. Biasalah petani novis hehehehe ada empat musim pulak tu. Confuse apa yg sesuai ditanam mengikut musim-musim tertentu.
Pokok Sugar Plum tomato.. dulu macam nak mati tapi selepas diubah tempat dan disangga dengan kayu, pokoknya makin tinggi dan merimbun. Hanan yg ubah pokoknya dan tanam disitu. Good move Hanan!
Ha...buat apa pulak? Memang suka betul dia mencangkung kat halaman macamtu. Entah cari apa kat rumput yang baru nak menghijau tu..
berdiri di depan pokok kangkung dan daun kesum...tapi daun kesum mcm nak mati nampaknya...tak tau apa silap..



