Gambar diambil oleh jurugambar professional Mr Ariyoo dgn susah payah...siap baring lagi!
Hujung minggu yang lepas kami bersama keluarga rakan Nizam dan Salwa menghabiskan masa melawat tempat-tempat menarik sambil menyaksikan keindahan Australian Outback di beberapa bandar di Southwest Western Australia. Bandar yang kami kunjungi ialah Busselton, Margaret River, Dunnsborough dan Augusta.
Keindahan semulajadi yang ada di sini sangat menakjubkan terutama gua dan pantai - pantai sekitarnya seperti di Cape Leeuwin, Mammoth Cave dan Sugar Loaf Rock. Sekiranya anda inginkan ketenangan dari hiruk pikuk bandar dan menghargai keindahan semulajadi ciptaan Allah maka bolehlah berkunjung ke kawasan-kawasan ini.

Kami menetap di Restawile di Busselton. Harga sgtlah berpatutan dan pemiliknya ialah seorang wanita dari Burma yang telah menetap di sini selama 14 tahun. Bukanlah first class tapi berpadananlah dgn harganya.
Setiap bilik lengkap dgn kabinet dapur, stove & oven, fridge, microwave, dining table and chair dan 1 queen bed dan 2 single bed. Cukuplah utk kami berlima. Convenient dan murah utk kami yg tak makan di luar dan lebih suka memasak ala kadar untuk percutian tu. Siap bawa periuk nasi, beras, peralatan memasak, minyak masak dan apa sahaja yg perlu utk menu kami seperti sandwich telur, tuna, telur masak kicap, spaghetti, dan bihun goreng. Pendek kata kami kekenyangan sepanjang bercuti ni walaupun bercuti di tempat org.
Pemandangan di tepi jalan menuju ke destinasi dipenuhi dengan padang ragut di mana kita dapat melihat biri-biri dan lembu Frisian meragut rumput berwarna kuning keemasan di waktu musim luruh ini. Khairina memang suka melihat lembu dan kambing biri-biri. Setiap kali riuhlah mulutnya memanggil Moo dan Shaun the Sheep sambil ketawa mengekek suka. Sekurang-kurangnya tak lah dia kebosanan terikat di car seat dan mula mengacau kakak pula.

Kami juga tak melepaskan peluang melawat tempat-tempat pembuatan Cheese ( The Margaret River Cheese Factory), Fudge ( Factory Fudge) dan (Margaret River Chocolate) dan Simmos Ice Cream. Bukanlah nampak sangat bagaimana semua itu dihasilkan tapi lebih kepada memperkenalkan barangan makanan tempatan di situ.
Tapi yang suka sekali kanak-kanak le sebab boleh makan ice cream yang walaupun satu scoop tapi kenyang makan, chocolate dan candy seperti di Fudge factory dan Candy Cow. Hmm kecur air liur! Jadi semasa travel ni saiz pinggang mak bapaknya makin membesar tapi poket makin tipis hehehhehe.
Sebenarnya ada byk tempat menarik sepanjang Caves Road yang bermula dari Busselton hinggalah Augusta. Kebanyakannya adalah Vineyard and Winery yang kami pasti sgt menakjubkan kalau berkunjung sewaktu musim panas sewaktu musim anggur sedang meranum. Jadi pada waktu sekarang, anggur-anggur telah dipetik hanya dapat melihat pokok anggur yang renek lurus tersusun dalam satu batas. Silap-silap nampak macam di Eropah pulak. Yang lainnya kami melawat kebun lavender dan Wonky Farm di mana kanak-kanak dapat merasai pengalaman memberi makan binatang-binatang ternakan seperti biri-biri, kambing gurun, Illama, arnab dan Pony.
Pada yang sukakan aktiviti lasak, di sinilah tempatnya. Ada walking trail, aktiviti memanjat dan sebagainya kalau suka. Tetapi kami agak terbatas kerana ada beberapa kanak-kanak dan juga kerana bertahun dah tak buat aktiviti lasak-lasak. Contohnya aktiviti di gua-gua di sekitar caves road tu. Kami hanya sempat ke mammoth cave yang paling mudah sekali di masuki. Ada gua-gua lain yg lebih menarik seperti Jewel Cave. Tapi kalau ada anak kecil susah sedikit sebab tangganya yang curam dan tak muat utk bawa stroller. Batt terpaksa mendukung Khairina semasa masuk ke dalam gua dan terpaksa memanjat tangga yang tinggi dan sempit sambil mendukung Khairina yang 10 kg tu. Berpeluh jugalah memanjat tetapi berbaloi dengan kesempatan menikmati kecantikan batu-batu kapur yang terbentuk dari stalagtit dan stalagmit tu.
Lain-lain ialah rumah Api seperti di Cape Leeuwin (Augusta) dan Cape Naturaliste (Dunnsborough). Kedua-duanya menarik tetapi yang paling cantik ialah Cape Leeuwin kerana pemandangannya yang sangat cantik. Di samping itu ialah Sugar Loaf Rock. Kecantikan pemandangannya sangat mendamaikan.


......sebagai kenang-kenangan....
Tiga hari rasa tak cukup tapi dalam masa tersebut kami cuba menghabiskan tempat menarik seboleh-bolehnya di tiga tempat menarik tersebut. Satu percutian yg menyeronokkan. Kami berharap dapat melawat tempat lain di Southwest WA ni seperti Albany dan Pemberton di lain kali insya Allah. Sebenarnya ada banyak gambar-gambar yang lain tapi tak muat untuk dimasukkan kesemuanya dalam ni. Tunggu slide untuk percutian ni yang akan dimuatkan di bawah ni nanti....tungguuuuuuuuuu.....








