Wednesday, December 3, 2008

Sunset at Floreat Beach

Sabtu dan Ahad selalunya kami berjalan-jalan merehatkan fikiran jadi Sabtu lepas kami ke Floreat Beach pula setelah beberapa bulan tak ke sana. Kali terakhir sewaktu musim luruh April lepas kami bersarapan pagi di Floreat Beach dgn nasi lemak, mihun goreng dan air kopi. Terasa sungguh nikmat makan di tepi pantai menahan kesejukan angin laut yang kuat bertiup sampai jug kopi pun boleh terpelanting dgn pinggan-pinggan sekali...pinggan plastik le....

Tapi, hari sabtu lepas kami pergi pada waktu petang. Angin laut masih kuat bertiup dan makin lama makin dingin bila matahari makin terbenam. Kami hanya bawa cucur veggie dan air kosong , manalah tahu bila dok tepi pantai rasa lapar pulak. Lagipun plan last minute hanya itu je yg sempat Batt sediakan.
Terasa tenang bila lihat matahari hampir terbenam. Floreat Beach memang tak jauh dari rumah, 20 minit je dah sampai rasanya. Ada banyak lagi tempat di Floreat Beach yg kami belum explore. Sebenarnya pemandangan kat tepi pantai sebelum sampai di tempat kami ambil gambar ni semuanya cantik dan lega mata memandang. Mungkin kerana beach ni semua terjaga dari pencemaran dan hanya satu dua hotel shj yang dibina berdekatan pantai dan mereka particular kalau kita menapak di jalan yang telah ditetapkan sbb ada notice for following the foorpath only supaya kita tak pijak rumput-rumput liar dan pokok-pokok renek sekitar pantai tu sesuka hati kita.


Alin, Hanan dan rakan-rakan cuba nak bina sand castle.....
Tengok apa tu???...ada ketam ke?
hanan teringin nak berenang tapi beach ni agak bahaya sebab tak de lifeguard....
Khairina teringin nak join tapi angin laut sejuk sgt......gigil budaktu....
3 sekawan ni dah tak kisah dah... sejuk pun sejuklah .....geram tengok ombak tu
Hanan dan Alin cuba melarikan diri dari ombak yang ganas......ombak kat sini mmg sesuai utk surfing. Tak ramai mat salleh berenang haritu sbb mungkin sejuk dan juga tak de yellow flag...maksudnya kalau berenang dan lemas...tanggung sendiri. Kalau ada yellow flag maksudnya kawasan selamat utk berenang and patrolled by lifeguard.