Friday, November 21, 2008

Hari Keluarga - MAWA

Beberapa minggu lepas kami sekeluarga menghadiri Hari Keluarga anjuran MAWA . Antara acara yang dijalankan ialah cooking demonstration -bagaimana nak masak Asam Pedas Daging yang sedap dan menyelerakan , sukaneka untuk semua dan akhir sekali sesi makan - makan macam biasa.
Sebelum bersukan, kita makan dulu!
Makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka...ada ikan masin lagi, kailan ikan masin, asam pedas daging dan berbagai kuih muih dan buah-buahan yg disediakan secara pot luck....semuanya sedap-sedap. Kuih raya pun ada lagi!
Sambil makan kita beramah mesra antara satu sama lain merapatkan tali persaudaraan kita semua yang berada di bumi Australia ni.

Ini antara acara sukan yg dijalankan....tiup jangan tak tiup...waktu ni Alin dpt nombor 2....seronok le budaktu dapat hadiah.....


Ini golongan mak-mak masukkan benang dalam jarum....Khairina pun sibuk sama...

Golongan kaum ibu sedang berbincang strategi nak menang tarik tali hehehehe....


Tapi malangnya golongan bapa jugak yang menang......apa nak buat....kerana gigih sangat menarik tali tu.....merah-merah tangan kaum ibu ni ...lepas ni tak payah basuh pinggan seminggu hehehehe.. .