Harmony Day di Osborne Primary School
Tadi Batt dan Khairina menghabiskan masa di sekolah Alin dan Hanan utk Harmony day.
Gambar di atas & bawah adalah gambar persembahan alat musik native Australia yg dipanggil didge-ri-doo....(entah betul ke tak spellingnya??).
Seem like all the kids enjoyed themselves tengahari tadi turut menyanyi dan meniru bunyi-bunyi binatang popular Australia spt Kangaroo dan Koala Bear setelah dengar alunan didge-ri-doo......
Sebelum itu ada sesi makan - makan . Makanan yg dibawa oleh ibu bapa murid-murid dtg dari pelbagai ceruk dunia. Istimewa sekolah ni ialah 80% pelajarnya adalah pelajar international jadi mcm -mcmlah jenis makanan yang disediakan tadi. Ada pretzel, roti, nasi goreng, sate, karipap (Ni Batt yg sediakan) dan yg lain-lain yg tak tahu namanya dan juga dessert pelbagai rupa.
Bermacam-macam jenis. Parents pun dijemput makan juga. Jadi Batt dan Alin pun pilih makanan spt salad, roti, manisan (from Iraq, ibu Zara dan Sara kawan Alin yg buat) dan mana-mana yg sewaktu dgnnya sbb makanan vegetarian atau w/out meat di asingkan sebelah dessert. Jadi bolehlah pilih mana yg kita sbg muslim boleh makan.
Kenyang betul Batt, Alin dan Khairina. Hanan pula tak ada sbb Hanan keluar bersama bapanya menunaikan solat Jumaat. Di bawah tu ada video persembahan didgeridoo tu. Sorry ada gambar je tapi suara hilang ke mana sbb yg tukang rakam ( Batt) baru belajar ambik video hehehe....
Khairina duduk berehat sambil melepaskan dahaga di depan pagar sekolah sebelum pulang.



