Hanan in yellow t-shirt uniform and black sweater...dah mula sejuk 18C..
In front of main school entrance ...
Sekolah Hanan dan Alin-Osborne Primary
Today, 29th April, 2008 is the 1st day for the 2nd school term in Western Australia. Hanan and Alin will be going to school again... Teringat pulak nak ambik photo sekolah dia...so at least kawan2 Sek Ren Islam Al-Amin, KL dapat la tengok keadaan Hanan dan Alin sekarang yang terpaksa mengikut Australia Education System...
.
Bangunan sekolah... dinding batu..lantai kayu! Memang style sekolah lama...
Osborne Primary School merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di Western Australia. Mengikut sejarahnya, ia mula dibina pada tahun 1903 dan bangunan sekolah tersebut telah di iktiraf sebagai salah sebuah bangunan bersejarah. Keadaan sekolah tersebut memang nampak lama, dengan bangunan2 kayu, namun keadaannya masih baik, bersih dan selesa untuk digunakan utk pelajar-pelajarnya yang hanya lebih kurang 120 orang sahaja.
Oleh kerana pelajar yang terlalu sedikit, maka Alin ( year 6 ) dan Hanan ( year 7 ) telah ditempatkan didalam kelas yang sama.
Secara keseluruhan, belajar di sini nampaknya releks! ( tu...kata Hanan dan Alin la.... ) mana taknya... homework pun tak banyak langsung...most of the time tak ada pun homework.. buku2 teks tak ada pun... buku2 latihan tinggal kat sekolah... kerja2 yang diberikan dalam bentuk helaian yang perlu difailkan. Just see what they will learn in this 2nd term..
As for the 1st term ( yg hanya sempat 2 minggu je ) before start cuti... apa yang nampak Hanan dan Alin telah pandai berenang! aahhaa... lepas ni siap boleh belajar la berenang dengan anak2 dan mak...( Im the only one who still dont really know how to swim...)



